Isnin, 5 Januari 2009

Benci Ayah Jadi Kafir

Diriwayatkan dari Abu Hurairah .a.: Nabi s.a.w pernah bersabda, "jangan membenci ayahmu. Orang yang membenci ayahnya adalah kafir." (8:759-S.A) riwayat bukhari 2158



- Yang dimaksudkan dalam hadis ini, bukanlah perasaan benci kepada ayah. Tetapi benci untuk menisbahkan dirinya kepada ayah kandungnya, seperti tidak mahu berbinkan ayahnya, tetapi mahu berbinkan kepada orang lain selain ayahnya.

- Hadis ini menyebut sesiapa yang benci menisbahkan dirinya kepada nama ayah sebenarnya, sebagai satu kekufuran.

Tafsiran kufur di sini ialah:
i- kufur nikmat, yang tidak mengeluarkan daripada agama.
ii- kufur agama, iaitu bagi orang yang mengHALALkan perbuatan itu. Sesiapa yang menghalalkan berbinkan kepada bukan ayahnya maka dia jatuh kafir. Kerana banyak nas-nas yang melarang berbinkan kepada bukan ayah sendiri.

Rujukan: -Syarah Sahih Muslim, Nawawi 2/51-52

Tiada ulasan:

Catat Ulasan