Isnin, 19 Januari 2009

Boikot Barangan Buatan Israel!!!!!

Yahudi Laknatullah sedang meratah daging saudara-saudara Islam kita!!!
Kita tidak mampu berperang tetapi kita mampu melumpuhkan ekonomi mereka!!!
Hidup Hidup Islam!!!HAncur Hancur HAncur Yahudi!!!

Shahid Selepas Mengucapkan Shahadah

Sabtu, November 01, 2008

Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu.

Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar. Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. .

Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa.

Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan. "Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid.

Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.." "Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."

Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Posted in by Mohamad Azim Mustaffa 0 comments
Langgan: Catatan (Atom)
JilulQuran Network
Semoga ukhwah yang terbina kekal selamanya. Kepada sahabat-sahabat ahli usrah Jilul Quran, sila letakkan lambang ini pada blog atau profile Friendster antum. Boleh dapatkan dari GroupFriendster Jilul Quran


Isnin, 5 Januari 2009

Benci Ayah Jadi Kafir

Diriwayatkan dari Abu Hurairah .a.: Nabi s.a.w pernah bersabda, "jangan membenci ayahmu. Orang yang membenci ayahnya adalah kafir." (8:759-S.A) riwayat bukhari 2158



- Yang dimaksudkan dalam hadis ini, bukanlah perasaan benci kepada ayah. Tetapi benci untuk menisbahkan dirinya kepada ayah kandungnya, seperti tidak mahu berbinkan ayahnya, tetapi mahu berbinkan kepada orang lain selain ayahnya.

- Hadis ini menyebut sesiapa yang benci menisbahkan dirinya kepada nama ayah sebenarnya, sebagai satu kekufuran.

Tafsiran kufur di sini ialah:
i- kufur nikmat, yang tidak mengeluarkan daripada agama.
ii- kufur agama, iaitu bagi orang yang mengHALALkan perbuatan itu. Sesiapa yang menghalalkan berbinkan kepada bukan ayahnya maka dia jatuh kafir. Kerana banyak nas-nas yang melarang berbinkan kepada bukan ayah sendiri.

Rujukan: -Syarah Sahih Muslim, Nawawi 2/51-52

Janganlah Marah

Diriwayatkan oleh Bukhari Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Berilah wasiat kepadaku”. Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Janganlah engkau mudah marah”. Maka diulanginya permintaan itu beberapa kali. Sabda beliau : “Janganlah engkau mudah marah”.

kadang-kadang kita tak boleh nak kawal marah..betul tak???
marah sebahagian sifat syaitan laknatullah................

mengubah posisi org yang marah:

1.Rasulullah saw bersabda:"apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika iti ia dalam posisi berdiri, maka hendaklah ia duduk. kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring".
2. Berwuduk. Rasulullah saw bersabda:"Marah itu datangnya dari syaitan,dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk"
3. minum air
4. diam ketika marah
5. berlindung dr Allah daripada syaitan yang terkutuk
6. memberikan gambaran buruk tentang sifat marah ini..
7. meluahkan masalah dan perasaan dalam keadaan yang sesuai dan dalam masa yang sesuai.
8. jangan lupa senyum. senyum itu kan sedekah..betul tak??
9. mengajar anak kita berfikir perkara yang positif dan mengingatkan perkara yang menyenangkan ketika marah
10. bayangkan marah akan menyebabkan punca pelbagai penyakit. penyakit hati.oleh itu...dapatkan vitamin dan multivitamin hati bagi merawat penyakit marah ni...tak dijual di pasaran mahupun di farmasi...hihhihihiiihi

Bahayanya Pujian

Siapa yang tidak suka dipuji? Bukan wanita sahaja suka dipuji bahkan juga lelaki, kanak-kanak, orang tua dan juga muda. Namun, hati-hati kerana pujian itu mempunyai bahayanya yang tersendiri.

Kata Imam Ghazali, terdapat enam bahaya pujian: iaitu empat pada orang yang memuji dan dua pada orang yang dipuji

BAHAYA PADA ORANG YANG MEMUJI
1. Kemungkinan pujian melampau yang akhirnya akan menjadi pendustaa.
2. Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk, memuji sekadar menunjukkan bahawa dia akrab tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, yang akhirnya akan menjadi munafik. 3. Kadangkala manusia mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar atau tidak, yang mungkin perkara itu tidak diselidiki langsung.
4. Dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka dan tidak menyedari kelemahan diri sendiri, seolah-olah orang yang memuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku.

BAHAYA PADA ORANG YANG DIPUJI
1. Orang yang dipuji akan terus bongkak dan bangga diri sendiri.
2. Orang yang dipuji akan terus leka dengan pujian lantas mengurangkan usahanya untuk membaiki kelemahan diri.

#.Tuhan….jauhkanlah aku dari sifat riak, takbur, dan ujub.